PEMANDU PERIBADI PENASIHAT PEKEMA
Kelayakan :
- Calon mestilah berumur diantara 35 tahun sehingga 40 tahun
- Memiliki sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja sebagai Pemandu Peribadi
- Mempunyai lesen memandu kereta yang sah (kelas D)
- Boleh bekerja 5.5 hari seminggu (kerja separuh hari pada hari Sabtu)
- Sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa termasuk ketika hujung minggu, cuti umum dan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan
- Tiada rekod saman, senarai hitam atau rekod jenayah
- Mahir dengan jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta mahir menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps
- Mempunyai kenderaan sendiri untuk ke rumah Penasihat PEKEMA
- Menepati masa, mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh menerima arahan dengan baik
- Memandu kereta secara berhemah
- Sihat tubuh badan
Tugas dan Tanggungjawab :
- Membawa dan menghantar Penasihat PEKEMA dengan cermat dan selamat ke pejabat, lokasi mesyuarat dan lain-lain tempat seperti yang diarahkan (lokasi rumah : Bukit Lanchong, Puchong &
lokasi pejabat : Shah Alam)
- Sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas
- Menjaga kebersihan kenderaan
- Memastikan kenderaan diperiksa dan diselenggara mengikut jadual
- Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan tersedia
- Melakukan tugasan-tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Penasihat PEKEMA dari semasa ke semasa
Benefits
- Additional leave
- Health insurance