Civil Technician
Lokasi: Hospital Kulim, Kedah
Gaji Asas: Max RM 2,600
Elaun Shift: TBC
Hari bekerja: Isnin-Jumaat (OT jika diperlukan)Waktu bekerja: 8:30am–5:30pm / 9:00am-6:00pm
Deskripsi Kerja
- Mengetuai dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sivil harian termasuk pembaikan bangunan, pemeriksaan struktur dan pemeriksaan tapak di dalam kawasan hospital.
- Melaksanakan serta menyelia kerja pembinaan, pengubahsuaian dan pembaikan seperti kerja plaster, pemasangan jubin, mengecat, kerja konkrit, bumbung, kalis air (waterproofing), sistem perparitan serta pembaikan jalan/turapan.
- Memantau dan melaporkan sebarang kerosakan pada struktur bangunan, sistem saliran, lantai dan komponen sivil lain.
- Mengendalikan kerja pembaikan kecemasan (breakdown) dalam persekitaran hospital yang beroperasi tanpa menjejaskan perkhidmatan.
- Menyelia kontraktor dan memantau kemajuan kerja bagi memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan hospital, spesifikasi projek serta keperluan peraturan.
- Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) bagi sistem berkaitan sivil.
- Menyediakan dokumentasi, laporan kerja dan rekod pematuhan dengan lengkap dan teratur.
- Memastikan semua kerja dijalankan mengikut garis panduan keselamatan dan standard fasiliti kesihatan.
- Bersedia untuk bertugas secara on-call sekiranya diperlukan.
- Minimum Diploma dalam Kejuruteraan Awam atau kelayakan setaraf.
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman berkaitan dalam kerja-kerja sivil, sebaiknya dalam penyelenggaraan bangunan atau fasiliti kesihatan.
- Sijil Orang Kompeten (jika berkaitan) adalah satu kelebihan.
- Pengalaman hands-on yang kukuh dalam kerja penyelenggaraan dan pembaikan bangunan.
- Pengetahuan mengenai bahan binaan, kaedah pengukuran dan prosedur ujian.
- Mampu menjalankan pemeriksaan tapak, menyelia kontraktor dan memantau kemajuan kerja.
- Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang baik serta mampu bekerja secara berdikari.
- Kemahiran komunikasi, koordinasi dan pelaporan yang baik.
Benefits
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
- Diploma/Advanced Diploma (Required)